MARI TUAN PUAN DENGAR INI CERITA!!!


AKU PUNYE CERITE

My photo
Seorang insan biase yang mempunyai kesukaan dalam muzik dan fotografi. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berilmiah.. Juga seorang insan yang agak gilakan toys dan juga games. Orang cakap aku ni gila tapi bagi aku gila itu menarik.. hahaha.. SELAMAT MENERJAH

Monday, March 1, 2010

SK Kampung Melayu Kulai


ZAMAN YANG SANGAT PENUH DENGAN KENANGAN~


sekolah ni simpan berjuta kenangan mase aku sekolah rendah.. hahaha.. macam-macam kami buat sampai ade yang jadi trademark.. contoh name la.. gaye becakap la.. hahaha.. sekarang ni kami kebanyakkannye nak abes belajar dan keje.. pasni tunggu masing-masing makan nasik minyak pulak la.. hahaha..

ni adelah kelas yang aku duduki selame 6 tahon nih..

1 Makmur
2 Makmur
3 Aman
4 Aman
5 Aman
6 Aman

oklah.. hari ni aku nak citekan sejarah penubuhan sekolah aku nih..


SEJARAH PENUBUHAN

Tahun 50-an keadaan negara kita diancam oleh keganasan komunis. Ketika itu orang-orang yang tinggal di luar kawasan pekan-pekan kecil dikelompokkan di kawasan-kawasan penempatan baru disekitar pekan Kulai. Pada masa itu juga kawasan Kulai telah diisytiharkan sebagai kawasan 'Hitam'. Oleh itu tindakan serupa dikenakan kepada penduduk kawasan ini.

Penempatan baru untuk kaum Cina dan kaum Melayu telah didirikan di pinggir pekan ini. Penempatan untuk orang-orang Melayu ini telah dikenali sebagai Kampung Melayu, Kulai. Sebagai sebuah penempatan baru, kemudahan asas seperti sekolah untuk anak-anak belajar amat diperlukan, Dengan semangat 'muafakat membawa berkat' penduduk-penduduk Kampung Melayu telah mendirikan sebuah sekolah kecil dalam tahun 1952. Gerakan pembinaaan sekolah ini telah diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba'du iaitu penghulu Kulai ketika itu. Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba`du dilahirkan pada 1899 dan menjadi penghulu Kulai sehingga tahun 1965. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1970 selepas 5 tahun bersara dari jawatan penghulu Kulai. Sesungguhnya usaha Allahyarham mengorak langkah dalam usaha membina sekolah ini amat disanjung tinggi.

SEJARAH PERKEMBANGAN

1952 - Sekolah ini diwujudkan dengan hasil usaha dan kerjasama penduduk dalam zaman 'darurat'

1954 - Bangunan asal berdinding papan sekerat telah didindingkan sepenuhnya atas bantuan kerajaan.

1963 - Sebuah bilik darjah dibina

1972 -Sebuah bangunan tambah dua tingkat yang dilengkapkan dengan enam bilik darjah, pejabat, bilik guru, dan tandas dibina.

1988 - Empat buah bilik darjah dibina melalui program gotong royong.

1991 - Empat buah bilik darjah dan sebuah bilik pra sekolah dibina melalui program gotong royong kali kedua.

1994 - Bangunan lama 1952-1953 telah dirobohkan dan dibina bangunan tiga tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup dan juga bilik tandas guru dan murid.

1995 - Dua buah bilik darjah diubah suai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas

1999 - Sebuah bilik darjah, makmal sains, dua kelas pendidikan khas dan pra sekolah dirobohkan untuk dibina sebuah bangunan empat tingkat.

2000 - Bangunan empat tingkat mengandungi empat buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik komputer, bilik guru, bilik SPBT dan sebuah bilik mesyuarat siap dibina.


SENARAI NAMA GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DI SKK KG. MELAYU

EN. SULAIMAN BIN LATIF ( 1952–1954 )
EN. ATAN BIN MOHAMAD (1954–1964 )
EN. AHMAD BIN HASSAN (1965–1969 )
EN. ABDULLAH BIN GHANI (1969–1983 )
EN. JAMIAN BIN HJ. NAWAWI (1984–15.4.86 )
TN. HJ. ISMAIL BIN HJ. MASOM (1.6.88–21.5.89 )
EN. ABDULLAH BIN GHANI (16.5.94–16.10.94 ) zaman aku
PN. NORIZAH BTE HARON (1.12.94–16.10.94 ) zaman aku
TN. HJ. HUSIN BIN HJ. MARJUKI (16.9.95–12.7.2001 ) zaman aku gak.. hahaha..
TN. HJ. MUHAMAD BIN SALIH ( 13.7.2001-25.3.2006)
PN. NORSIAH BT ISMAIL (25.3.2006 HINGGA SEKARANG)




MISI DAN VISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH

Memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid bagi mempertingkatkan pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek demi merealisasikan wawasan pendidikan negara.

VISI SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kulai Cemerlang di Kulai Pada Tahun 2010.

ni lah sekolah rendah aku yang tercinta.. hohohooo.. batch kami maseh lagi mengadakan reunion setiap tahon.. rase sonok pulak ingat balek zaman-zaman nih.. hahaha. ok lah sampai sini ajeeee...

BUBYE~


2 comments:

  1. mntapnye.... ni td pegi skolah rendah ke mntak sejarahnye?? hehee

    ReplyDelete