MARI TUAN PUAN DENGAR INI CERITA!!!


AKU PUNYE CERITE

My photo
Seorang insan biase yang mempunyai kesukaan dalam muzik dan fotografi. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berilmiah.. Juga seorang insan yang agak gilakan toys dan juga games. Orang cakap aku ni gila tapi bagi aku gila itu menarik.. hahaha.. SELAMAT MENERJAH

Saturday, January 9, 2010

MALAM SIMFONI KASIH UiTM

SHAH ALAM: Sebanyak RM1 juta berjaya dikumpulkan sempena penjualan meja Malam Simfoni Kasih 2009 anjuran Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghimpunkan kira-kira 1,800 ahli alumni institusi pengajian tinggi berkenaan.


Malah, hasil kutipan penjualan meja makan malam itu akan disalurkan sepenuhnya kepada mahasiswa melalui skim biasiswa bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian masing-masing sepanjang tahun ini.

Pengerusi Yayasan berkenaan, Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah berkata, wang itu akan digunakan bagi membiayai kos pengajian pelajar yang kurang berkemampuan, tetapi mahu meneruskan pengajian mereka pada peringkat tertinggi di universiti terbabit.

"Sokongan alumni UiTM pada malam ini membuktikan kami sentiasa membantu serta menyokong proses pembelajaran seseorang pelajar itu.

"Ia terbukti kerana RM1 juta yang berjaya kami kumpulkan itu akan disumbangkan sepenuhnya kepada pelajar dalam bentuk biasiswa," katanya pada majlis berkenaan di Pusat Persidangan Shah Alam (SACC), di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Perdana Menteri pada ucapan perasmiannya turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak RM1 juta lagi yang turut diserapkan masuk kepada skim biasiswa terbabit.

"Suka cita dimaklumkan pihak kerajaan persekutuan akan menambah lagi RM1 juta sebagai tambahan kepada wang disalurkan untuk kegunaan pelajar berkenaan," katanya.



Pada majlis yang sama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah dipilih menjadi tokoh alumni 2009.

(Metro)

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/nd139d/Article

No comments:

Post a Comment